Siapa yang berdagang komoditi?
Komoditi adalah sumber asli seperti minyak, gas, kopi dan kacang soya. Komoditi ditukarkan melalui kontrak masa depan dengan tukaran serata dunia oleh pengeluar dan pembeli. Apabila kontrak niaga masa hadapan ini tamat, pedagang ini membuat tukaran komoditi sebenar. Pedagang jenis kedua terlibat dalam pasaran komoditi ialah pedagang spekulasi, i.e. pedagang yang membeli dan menjual komoditi dengan tujuan mengaut keuntungan.
Dua komoditi yang paling rancak didagangkan ialah minyak dan gas, juga dikenali sebagai komoditi keras hasil perlombongan. Di antara keduanya, minyak mentah ialah yang paling penting kerana kegunaan meluas di dalam sektor pengangkutan dan pengeluaran. Harga minyak merupakan indikator atau petunjuk dunia yang sangat berpengaruh sehingga ia mampu mendominasi politik, memandangkan negara pengeluar minyak yang besar juga akan mempunyai pengaruh besar ke atas sistem kewangan global.
Mengapa berdagang komoditi?
Tidak kira anda seorang pedagang atau tidak, harga minyak dan gas memberi kesan kepada kehidupan harian kita semua. Di masa lalu, pelaburan komoditi terhad mereka yang mempunyai modal besar, masa dan kepakaran. Akses ke pasaran komoditi hari ini terbuka kepada golongan bukan profesional juga, membolehkan pedagang atas talian mengaut keuntungan dalam turun naik harga jangka panjang dan juga jangka pendek.
Pasaran tenaga mempunyai sifat unik tertentu, yang menjadikan perdagangan minyak dan gas pilihan popular di kalangan pedagang forex yang ingin mempelbagaikan dagangan mereka. Dikenali kerana kecairan yang tinggi, peluang membeli dan menjual minyak dan gas terbuka 23 jam setiap hari dalam minggu dagangan.
Apa faktor yang mempengaruhi harga komoditi?
Tidak seperti forex, di mana nilai matawang berkait rapat dengan prestasi rantau ekonomi yang menggunakannya, harga komoditi adalah lebih banyak dipengaruhi oleh penawaran dan permintaan. Ini adalah apa yang perlu anda ketahui untuk mengesan faktor utama yang mempengaruhi permintaan dan penawaran di sektor komoditi.
-
Harga Dolar Amerika Syarikat
Oleh kerana komoditi dinilai dengan harga dolar Amerika Syarikat, gejolak naik turun USD mempunyai kesan langsung terhadap harga dagangan komoditi seperti minyak, gas, kopi dan kacang soya.
-
Bencana alam
Keadaan cuaca yang ekstrim seperti ribut taufan, tsunami dan gempa bumi, akan memberi kesan dramatik ke atas harga komoditi.
-
Peristiwa Geopolitik
Kuasa geopolitik mempunyai kesan langsung terhadap sektor tenaga, yang boleh dilihat sebagai risiko dan juga peluang. Diplomasi antarabangsa, kekacauan sivil dan gejolak kadaran tukaran boleh meningkatkan kadar volatiliti dipasaran minyak dan gas dengan besar.
-
Sasaran pengeluaran OPEC
Bila ia berkait dengan dagangan minyak, OPEC merupakan organisasi utama yang perlu di ambil kira. Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum terdiri daripada 14 negara ahli. OPEC menentukan sasaran pengeluaran untuk ahlinya bagi mengawalselia bekalan. Sebagai garis panduan kasar, apabila sasaran pengeluaran dikurangkan, harga minyak akan naik.
Kelebihan dagangan komoditi
Berdagang komoditi telah menjadi salah satu cara popular mempelbagaikan portfolio, terutamanya ketika pasaran saham lembab, memandangkan komoditi sering bergerak berlawanan arah berbanding saham. Berikut adalah sebab lain mengapa pedagang memilih untuk memperdagangkan komoditi atas talian:
-
Tersedia 23/6 jam
Bila ia melibatkan komoditi tenaga, pasaran minyak dan gas tersedia sepanjang masa dengan hanya satu jam masa rehat dalam minggu dagangan tersebut. Apa yang anda perlukan untuk turut serta ialah akaun dagangan dengan broker yang bertanggungjawab.
-
Pasaran kecairan tinggi
Pasaran komoditi sering didagangkan dengan jumlah yang besar oleh peserta diseluruh dunia, menawarkan peluang dagangan untuk pedagang jangka panjang dan jangka pendek.
-
Pilihan jangka panjang dan pendek (Jual dan beli)
Tidak seperti pelaburan tradisional, yang melibatkan pembelian dan pegangan sementara mengharapkan kenaikan harga, anda boleh menjana keuntungan dari penokokan atau penyusutan harga dengan menjual atau membeli jangka panjang atau pendek. Di ThinkMarkets, anda boleh mula berdagang pasaran komoditi yang rancak dengan hanya modal permulaan serendah $250.