Bagaimana berdagang gas

Ketahui manfaat dagangan gas asli dan bagaimana untuk bermula

 

Dagangan Gas – Asasnya

Minyak adalah komoditi tenaga paling popular. Namun, ada pilihan lain untuk pedagang yang ingin mempelbagaikan dagangan mereka. 

Gas asli punya tarikan berbeza dari minyak dan merupakan komoditi tenaga kedua yang paling didagangkan. Disini, kita melihat sifat unik bahan bakar fosil ini, sebab utama ia dipilih pedagang dan cara anda boleh mengambil peluang dagangan dalam pasaran ini. 
 

Apa itu gas asli?

Gas asli sering di salahertikan sebagai produk sampingan minyak mentah seperti petrol dan minyak tanah, tapi itu tidak benar. Gas asli wujud seiring dengan minyak tapi ia tidak diproses dari minyak mentah seperti petrol atau minyak tanah.

Gas asli ialah sumber tenaga bersih karena emisi rendah karbon dioksida bila dibakar. Teknologi penggerudian untuk pengeluaran gas asli semakin canggih kini menjadikannya komoditi penting untuk keperluan tenaga masa depan. 

Kerana gas asli dijumpai hampir dengan rizab simpanan minyak, ia juga mesti dikeluarkan dari dalam tanah. Setelah proses pengeluaran, gas asli diproses menjadi gas dan bentuk cecair untuk memudahkan pengangkutan merentasi negara . Gas asli yang dikeluarkan perlu menepati spesifikasi kualiti sebelum diedarkan, ia diangkut ke kilang khusus untuk di periksa, dirawat dan distabilkan. Proses penggalian dan penapisan mahal dan gangguan kepada operasi proses ini boleh mempengaruhi harga.

Kegunaan gas asli termasuk pemanasan, penghasilan elektrik dan dapur gas memasak. Pasaran elektrik pengguna gas utama, kebanyakan aplikasinya berkaitan dengan kegunaan rumah tangga.

 

Apa yang mempengaruhi harga gas

Seperti komoditi tenaga lain, permintaan dan bekalan adalah kunci penentu harganya. Berikut adalah faktor yang memberi kesan ke atas permintaan dan bekalan gas asli:

 

1. Pengeluaran dan rawatan
Proses pengeluaran dan rawatan gas asli adalah mahal. Gas asli wujud bersama simpanan minyak bawah tanah, jadi proses pengeluaran memerlukan kuasa mesin dan tenaga yang besar. Sebarang gangguan proses pengeluaran akan menghalang atau melewatkan produksi gas asli dan mengakibatkan pengurangan bekalan dan peningkatan harga. Proses rawatan adalah proses yang lebih mahal dan gangguan dalam proses ini akan memberi kesan besar ke atas bekalan dan harga gas.
 

2. Pola musim dan cuaca
Permintaan gas asli juga bermusim dan berkaitan dengan cuaca. Pada musim sejuk atau salji, permintaan gas asli untuk tujuan pemanasan akan meningkat dan menyebabkan peningkatan harga. Pada musim atau cuaca panas, gas asli akan mengalami pengurangan permintaan gas asli untuk tujuan pemanasan, tetapi ia akan menyebabkan peningkatan permintaan gas untuk penjanaan elektrik bagi tujuan menampung peningkatan penggunaan pendingin udara dan penyejuk.

3. Kemalangan dan malapetaka

Peristiwa bencana yang mengganggu pengeluaran, rawatan, pengedaran dan penggunaan gas asli akan memberi kesan langsung ke atas bekalan dan permintaan gas. Gangguan operasi akan menyebabkan kelewatan dan pengurangan bekalan gas, serta menyebabkan kenaikan harga semasa tempoh pemulihan semula.
 

Negara pengguna gas terbesar ialah AS, diikuti Russia, China dan Iran. Negara ini mengimport dan menggunakan jumlah terbesar gas asli untuk pemanasan dan penghasilan tenaga. Kadar permintaan mendorong harga gas naik, jadi sebarang perubahan dalam permintaan dari mana-mana negara akan menyebabkan harga gas naik turun dengan signifikan.

Adakah anda bersedia untuk berdagang gas secara langsung?



Buka akaun

Laporan penting gas asli untuk diikuti

Laporan paling penting untuk pedagang gas asli ialah Laporan Storan Gas Asli DOE (Department of Energy) Natural Gas Storage Report. Ia disiarkan setiap minggu pada hari Khamis dan memberikan perincian tentang perubahan kadar penyimpanan gas asli di rantau Timur/Barat Tengah, Selatan dan Barat.
 
Maklumat ini memberi pengertian tentang permintaan dan bekalan gas asli di pasaran, yang penting dalam penentuan harga gas.
 

Sejarah harga gas asli
 

Untuk mendapat gambaran penuh harga gas asli, sangat berguna melihat perubahan harga dalam konteks sejarah.
 
Harga gas asli semakin merosot sejak lewat 2008. Ini kerana kemajuan teknologi yang mengurangkan kos pengeluaran.

 

Carta harga gas 1995 - 2015



Walaupun sejarah harga tidak memberi gambaran penuh, ia tetap berguna untuk menjangka pergerakan harga komoditi dan indikator julat dagangan keseluruhan.
 
Juga perlu diingati yang oleh kerana gas asli mempunyai bekalan dan permintaan yang stabil berbanding minyak, harganya lebih mudah dijangka, yang menjadikan pasaran ini popular di kalangan pedagang.


Berdagang gas asli
Pelaburan dalam gas asli dahulunya merupakan proses yang rumit, tapi pedagang kini boleh berspekulasi tentang harga gas asli atas talian menggunakan CFD untuk memilih jangka panjang dan pendek.
 
CFD juga dipanggil Kontrak atas Perbezaan (Contracts for Difference) adalah kontrak di antara pedagang dan broker. Ia adalah instrumen dagangan yang mencerminkan pergerakan aset pokok dan membenarkan anda mengambil posisi tanpa memerlukan pemilikan komoditi fizikal.
 
Perlu disebut yang CFD membenarkan pedagang untuk memilih jangka pendek, jika mereka fikir harga gas asli akan merosot, dan masih mendapat manfaat dari ungkitan leveraj yang ditawarkan oleh broker.
 

Contoh dagangn pilihan jangka pendek untuk gas asli
Sebagai contoh bagaimana ia dijalankan, bayangkan Gas Asli (NGAS) didagangkan pada $3.1100. selepas mengkaji, anda menjangka bahan bakar fosil untuk musim sejuk dan anda menjangka harga akan meningkat.
 
Anda membeli 5 lot NGAS, bersamaan dengan 500 kontrak, pada harga sebutan. Selepas dua hari, NGAS didagangkan pada 4.1300 dan anda memilih untuk menutup posisi dan keluar dari dagangan. Keuntungan anda dari dagangan ini 4.1300 – 3.1100) x 1 lot x 500 kontrak = $510.
 

 
  • Kini anda tahu tentang selok belok gas asli, mula dagangkannya secara langsung

  • Buka akaun






Back to top