Apa yang mendorong harga minyak ?
Minyak adalah komoditi dunia yang paling rancak didagangkan dengan berita yang sentiasa menggerakkan pasaran minyak setiap hari.
Berikut adalah faktor utama yang mempengaruhi harga minyak :
- Pengeluaran dan pengilangan
Proses pengeluaran dan pengilangan minyak mentah sangat mahal. Oleh kerana bekalan minyak terletak jauh bawah tanah, ia memerlukan usaha yang besar untuk mengeluarkan minyak mentah dari bawah tanah. Kemajuan teknologi atau masalah dalam proses pengeluaran akan memberi kesan besar ke atas harga minyak.
- Penggunaan dan permintaan
Negara pengguna terbesar ialah AS diikuti oleh Jepun, China dan negara industri Eropah seperti Jerman dan U.K. Negara ini meletakkan permintaan tinggi ke atas minyak mentah untuk industri mereka dan fungsi ekonomi dan keperluan industri mereka mempengaruhi harga minyak global.
- Kemudahdapatan dan bekalan
Kemudahdapatan, tidak kira betapa banyak pun bekalan, boleh di pengaruhi faktor politik dan ekonomi. Peningkatan inflasi, pengangguran dan kadar kemiskinan boleh mengakibatkan kadar penggunaan untuk menurun dengan mengakibatkan produk itu menjadi terlalu mahal atau sukar didapati bagi mereka yang terkesan olehnya. Pergolakan politik dan pemberontakan juga boleh menyebabkan pengurangan import minyak dan rampasan komoditi import.
- Malapetaka semulajadi dan kemalangan
Malapetaka semula jadi seperti gempabumi dan ribut taufan adalah peristiwa tidak dijangka dan kerosakan terhadap kawasan carigali dan penapisan boleh menghentikan atau melewatkan kadar pengeluaran minyak. Api dan kerosakan mekanikal juga menyebabkan kelewatan pengeluaran dalam tempoh pemulihan. Kelewatan dalam keadaan ini akan menyebabkan kekurangan bekalan dan meningkatkan harga.
Laporan penting minyak yang perlu diikuti
Ada dua laporan yang anda perlu rujuk selalu.
- Inventori Minyak DOE
Laporan Jabatan Inventori Tenaga Minyak di siarkan setiap Rabu dan mengukur bekalan stok di AS. Oleh kerana AS ialah negara pengguna minyak terbesar, adalah penting untuk pedagang minyak untuk memeriksa kadar permintaan mereka dengan merujuk jumlah stok yang tinggal dalam inventori minyak mereka.
- Laporan Pasaran Minyak OPEC
Laporan kedua yang perlu dikaji ialah laporan bulanan dan tahunan OPEC. Laporan ini memberi maklumat tentang sasaran pengeluaran negara OPEC. Sasaran dan kuota pengeluaran mereka menunjukkan aras semasa permintaan dan bekalan minyak pasaran dunia.
Contoh dagangan minyak
Memilih jangka panjang untuk WTI
Kajian anda mencadangkan yang permintaan minyak di China akan meningkat dan anda menganggar harga minyak akan meningkat. Anda membeli 1 lot WTI pada $56.95, yang menyamai $100 untuk setiap $1 pergerakan harga.
Spekulasi ternyata benar. Lonjakan harga $61.95 dan anda memilih untuk jual. Keuntungan anda dikira dengan mendarab perbezaan antara harga buka dan tutup dengan nilai dolar per kenaikan, (61.95 - $56.95) x $100 = $500.
Memilih jangka pendek untuk minyak Brent
Walaupun OPEC cuba mengurangkan lebihan bekalan pasaran minyak dan meningkatkan harga minyak global, analisa anda mencadangkan industri minyak shale akan menambah bekalannya dan anda menganggar harga minyak Brent akan jatuh.
Anda menjual 1 lot Brent pada $52.50, yang menyamai $200 untuk setiap $1 pergerakan harga. Seminggu kemudian, pasaran didagangkan pada $49.50 dan anda memilih untuk menutup posisi. Keuntungan anda ialah (52.350 – 49.50) x $200 = $600.
Minyak adalah komoditi minyak paling penting tetapi bukanlah satu-satunya. Gas asli ialah satu lagi komoditi penting pasaran yang digunakan untuk kepelbagaian dagangan.