Dagangan Matawang kripto

Berdagang dengan piawaian keselamatan yang tertinggi

 

Kami satu-satunya broker dikawalselia UK & Australia yang menawarkan 9 matawang kripto

 
  •  

Top 3 cryptocurrencies

 
 

Bitcoin

 
$1.16602
 

Ethereum

 
$1.16602
 

Ripple

 
$1.16602
  •  

Dagangkan matawang kripto dengan ThinkMarkets

 

Ini sebab mengapa ribuan pedagang serata dunia memilih untuk berdagang kripto dengan kami

  • Platform inovatif

    Pilih platform yang sesuai dengan keperluan anda di antara Trade Interceptor yang berkuasa tinggi dan MetaTrader 4 yang popular.

  • Aplikasi mudah-alih yang unggul

    Dimuat-turun oleh lebih 550,000 pedagang, aplikasi Trade Interceptor menawarkan pengalaman berdagang yang tiada tandingan merangkumi desktop, tablet dan terutamanya mudah alih.

  • Sokongan bertaraf dunia

    Pasukan sokongan pelbagai bahasa kami sentiasa disini untuk membantu anda dengan sebarang soalan anda 24 jam sehari melalui email, telefon dan bual langsung.

Ketahui bagaimana berdagang matawang kripto

Dagangan matawang kriptoi banyak persamaan dengan dagangan forex. Matawang kripto kami dinyatakan dalam Dolar US dan Euro, membolehkan anda berspekulasi samada nilai akan menoko atau menyusut berbanding matawang pilihan anda.

Jika anda percaya bahawa harga bitcoin akan meningkat berbanding Dolar US, anda akan mengeluarkan arahan beli untuk BTC/USD. Jika harga menokok, anda akan mengaut untung berdasarkan pergerakan harga dan saiz posisi anda. Jika ia menyusut, akaun anda akan rugi.

Terdapat dua perbezaan besar antara dagangan forex dan dagangan kripto. Pasaran kripto masih muda dan sangat bergolak Ia mengapa pengurusan risiko adalah sangat penting untuk pedagang yang ingin menyertai persekitaran dagangan pantas ini. Perbezaan utama yang kedua ialah matawang kripto boleh didagangkan dihujung minggu, menjadikannya ideal untuk pedagang yang tiada masa ketika minggu bekerja.

Adakah anda bersedia
berdagang matawang kripto?

 

Anugerah

ThinkMarkets ialah pemenang kategori utama untuk tahun 2017 bagi kategori Pengalaman Dagangan Forex Terbaik & Inovasi Dagangan Forex Terbaik untuk Anugerah Forex UK 2017.


 

Apa itu bitcoin?

Semenjak harga bitcoin mencecah $1,000 pada Disember 2013, dunia dagangan mula memerhatikan peluang unik pasaran matawang kripto. Namun apa itu bitcoin dan bagaimana pedagang boleh mengaut untung dari naik turun harga?

Bitcoin ialah matawang digital yang dicipta pada 2009 oleh seorang atau sekumpulan dibawah alias Satoshi Nakamoto. Pelbagai cubaan mengenalpasti identiti disebalik bitcoin tetap gagal. Bitcoin dicipta dengan penggunaan teknologi inovatif yang dipanggil rantaian blok atau block chain. Walaupun memahami teknologi matawang kripto agak mencabar, apa yang penting untuk pedagang ialah memahami siapa yang mengawal bitcoin.

Tidak seperti matawang tradisional yang dikeluarkan bank pusat negara, (i.e. US Dollar, Euro, Sterling), bitcoin tidak dikawalselia oleh mana mana kuasa. Bitcoin boleh ditukar sesama pengguna tanpa menggunakan bank. Rekod transaksi bitcoin terbuka untuk semua pengguna jaringan. Jumlah maksima bitcoin yang boleh dicipta terhad kepada 21 juta oleh penciptanya.

 

Apa yang memberi kesan kepada harga bitcoin?

Pada Januari 2010 harga bitcoin dibawah 10 sen. Tidak sehingga 2013 barulah orang ramai mula mengiktiraf bitcoin sebagai alat tukaran nilai dan ketika itu harga satu unit bitcoin melepasi $100.

 Pada 2017, harga bitcoin melonjak hingga $7,000, dengan beberapa lonjakan naik dan turun di antaranya. Pada Mei, bitcoin mengalami kerugian sehingga $400 dalam masa satu hari. Dan itulah ketikanya dagangan memainkan peranan. 

Gejolak seperti ini tidak pernah didengari dalam pasaran kewangan. Tapi sebelum anda mula berdagang bitcoin dan matawang kripto yang lain, perhatikan faktor utama yang menggerakkan harga:
 

  1. Penawaran dan permintaan

    Seperti aset lainnya, lebih ramai orang dan perniagaan yang menggunakannya, lebih tinggi permintaan. Untuk matawang kripto yang terhad seperti bitcoin, dinamik seperti ini melonjakkan harganya lebih tinggi lagi.

  1. Media

    Pasaran kripto telah menarik minat media aliran utama dan juga sosial. Bila tokoh berpengaruh menyatakan pandangan mereka, harga kripto akan turut terkesan.

  1. Teknologi

    Seperti juga mana-mana perisian, sebarang peningkatan upgrade atau perubahan terhadap protokol teknologi akan mengakibatkan perubahan harga yang besar.

  1. Peraturan Kerajaan 
    Kehadiran kripto telah menghadapi pelbagai reaksi kerajaan, dari kawalan ketat Korea Selatan yang menolak harga naik hingga ke penerimaan terbuka Jepun di hujung spektrum bertentangan.
     

Kenali 10 matawang kripto utama dunia

Bitcoin merupakan matawang kripto yang paling popular. Namun ia bukanlah satu-satunya yang ada. Ini adalah pengenalan sepuluh matawang kripto popular.
 

  1. Ethereum (ETH/USD & ETH/EUR)

    Ethereum diperkenalkan oleh pengaturcara Rusia dan dilancarkan atas talian pada Julai 2015. Perbezaaan utama antara bitcoin dan ethereum ialah BTC dicipta untuk bertindak sebagai matawang dari mula. 

    Ethereum, pula dilancarkan sebagai platform untuk dua entiti bersetuju dalam satu kontrak tanpa perlunya pihak ketiga, yang dipanggil kontrak pintar. Ethereum boleh digunakan sebagai matawang dan ia juga boleh mewakili aset maya.

  1. Litecoin (LTC/USD & LTC/EUR)

    Diasaskan oleh jurutera Google Charlie Lee dengan tujuan mencipta "perak" untuk pasangan "emas" bitcoin, Litecoin memasuki arena kripto sebagai kembar bitcoin. Semenjak pelancaran pada Oktober 2011, Litecoin menerima manfaat daripada minat luas dalam matawang kripto.

  1. Ripple (XRP/USD & XRP/EUR) 

    Ripple pada mulanya dilancarkan pada 2012 oleh syarikat pemaju teknologi FinTech dengan tujuan menokok diatas pendekatan bitcoin, i.e. membebaskan orang ramai dari sekatan kewangan sistem kewangan rasmi, seperti fi, caj untuk tukaran matawang dan kelewatan proses. 

    Digunakan oleh institusi kewangan seperti UBS, UniCredit dan Santander, Ripple berjaya menarik kelulusan bank dan institusi seperti teknologi penjelasan infrasturktur.

  1. Dash (DASH/USD)
    pemaju perisian Amerika, Evan Duffield, mencipta dash pada 2015 dengan tujuan meningkatkan ciri-ciri bitcoin dan mencipta matawang paling mesra pengguna di dunia dengan fokus kepada melindungi privasi pengguna daripada dikenali.

  1. Monero (XMR/USD)

    Monero dilancarkan pada April 2014 dan bergejolak hebat daripada 25 sen pada Januari 2015 hingga $60 pada Mei 2017. Sebab ia menarik minat pelabur dengan cepat ialah kemampuan melindungi identiti pengguna dengan tahap anonimiti atau nyah-pengenalan yang tinggi.

  1. ZCash (ZEC/USD)

    ZCash ialah satu lagi matawang berorientasikan privasi yang dicipta oleh pemaju Amerika Zooko Wilcox. ZCash mengalami permintaan tinggi pada hari pertama ia didagangkan tetapi akhirnya menyusut. Selepas ini penawaran dan permintaan akan menentukan kestabilan harga ZCash mencapai equilibrium.

  1. Neo (NEO/USD)

    Neo, juga dikenali sebagai “Ethereum China” atau “Pembunuh Ethereum” ialah matawang kripto pertama dilancarkan di China.  Tidak seperti matawang kripto lain, Neo tidak boleh dibahagi kepada pecahan. unit terkecil ialah satu.

  1. OmiseGo (OMG/USD)

    OmiseGo dicipta dengan tujuan membantu mengurangkan harga transaksi dan tukaran matawang, tidak kira sama ada anda menggunakan matawang kripto atau tradisional.

  1. Bitcoin Cash (BCH/USD)

    Bitcoin Cash terhasil pada Ogos 2017 akibat hard fork bitcoin. Agak sukar menjelaskan hard fork dengan ringkas, anggaplah ia merupakan usaha menyelesaikan isu scala bitcoin, i.e. iaitu apabila jumlah pengguna meningkat maka teknologi untuk rangkaian jaringan bitcoin juga perlu dipertingkatkan.

  1. Iota (IOTA/USD)

    Iota menggunakan teknologi yang sama sekali berlainan daripada bitcoin. Inovasi utamanya ialah jaringannya meningkat selaras dengan jumlah penggunanya dan ia membolehkan trabsaksi tanpa fi atau bayaran.

Back to top