3. Berdagang dengan broker
Bagi mereka yang berminat mengaut untung dari naik turun harga matawang kripto tanpa perlu menghadapi kerumitan dompet digital atau risaukan keselamatan dana mereka, dagangan kripto dengan broker yang dikawalselia adalah pilihan paling popular.

Bila ia melibatkan keselamatan, dana dengan mana-mana broker UK yang diselia adalah dilindungi sehingga £50,000 jika timbulnya pengisytiharan bankrup. Perlu diperingatkan bahawa sesetengah broker menawarkan perlindungan yang lebih tinggi tanpa kos tambahan.
Manfaat kedua berdagangan dengan broker ialah is leveraj. Dengan penigkatan matawang kripto yang ditawarkan oleh broker tradisional, pedagang kini boleh mengakses leveraj yang tinggi untuk pilihan matawang yang luas. Ini adalah cara baik untuk menambah untung anda tidak kira tinggi atau rendahnya modal mula anda . Namun, perlu diingati yang leveraj adalah serampang dua mata yang perlu digunakan dengan penuh waspada untuk meminimakan potensi kerugian.
Dagangan matawang kripto dengan broker banyak persamaan dengan dagangan forex. Matawang kripto disebut berbanding Dolar US atau Euro dan pedagang boleh menggunakan taruhan selisih spread atau CFD untuk mengaut keuntungan di atas gejolak harga. Kebanyakan broker berreputasi baik menawarkan aplikasi dagangan untuk memberikan anda peluang terbaik untuk berdagang dimana jua, tidak hairan yang semakin ramai pedagang yang berminat untuk menyertai pasarannya.