Bagaimana dagangan forex berlaku
Dalam forex, matawang dinyatakan dalam sebutan pasangan. Kita mulakan dengan pasangan matawang paling popular sebagai contoh, EUR/USD. Matawang pertama (Euro untuk contoh ini) ini dipanggil matawang asas dan yang kedua (USD) dipanggil matawang sebutan/quote. Bila anda dagangkan pasangan, anda berspekulasi sama ada matawang asas /base (EUR) akan menokok atau menyusut berbanding matawang sebutan/quote (USD).
Harga Forex disebut sehingga lima titik perpuluhan. Titik perpuluhan paling penting untuk diperhatikan ialah yang keempat, juga dikenali sebagai pip. Jumlah pip yang digunakan untuk mengira untung dan rugi.
Posisi forex didagangkan dalam jumlah yang spesifik dipanggil lot, bersamaan dengan 100,000 unit matawang asas/base. Ia juga boleh didagangkan dalam jumlah yang lebih kecil - saiz lot mini, micro dan nano, bersamaan 10,000, 1,000 dan 100 unit.
Apa yang mempengaruhi harga forex?
Terdapat tiga faktor utama yang memberi kesan terhadap pasaran forex.
-
Berita Kewangan
Laporan ekonomi mempunyai kesan besar ke atas matawang. Untuk sebab itu, Kalendar Ekonomi ialah rakan terbaik pedagang. Ia termasuk semua berita terjadual dan keluaran data, disusun mengikut kepentingan.
-
Ketidakstabilan Politik
Matawang adalah sensitif terhadap ketidaktentuan politik yang disebabkan oleh perkara seperti pilihanraya, referendum dan skandal politik.
-
Bencana alam
Kejadian alam, seperti tsunami, gempa bumi dan taufan, boleh menyebabkan pergolakan harga yang besar untuk matawang yang berkaitan dengan rantau terbabit.
Siapa dagangkan forex?
Selain daripada bank, syarikat kewangan dan pedagang professional, sesiapa yang berminat untuk mendapat untung dengan pergerakan harian pasaran boleh mengakses dagangan matawang. Forex sering digambarkan sebagai pasaran global tidak berpusat. Maksudnya ialah ia tiada lokasi fizikal di mana pedagang berjumpa untuk berniaga jual atau beli.
Di pasaran seperti ini, teknologi yang memungkinkan pedagang serata dunia untuk berdagang secara langsung dengan satu sama lain. Secara mudahnya, forex ialah pasaran tanpa orang tengah. Apa yang anda perlukan untuk turut serta ialah akaun dagangan dengan broker yang bertanggungjawab.
Kelebihan dagangan forex
Dagangan Forex telah berubah menjadi salah satu pasaran paling popular. Berikut adalah tiga sebab utama mengapa ramai pedagang memilihnya.
-
Tersedia 24 jam
Dari Ahad hingga Jumaat petang, pasaran forex ialah pasaran yang sentiasa dibuka untuk dagangan. Ia ideal untuk pedagang yang hanya boleh berdagang secara separuh masa.
-
Leveraj
Bila berdagang forex online, anda boleh mengawal posisi yang lebih besar dari modal anda dengan menggunakan leveraj. Ini boleh menyebabkan untung atau rugi yang lebih besar, yang membuat pengurusan risiko kunci utama setiap strategi dagangan forex. Di ThinkMarkets, anda boleh memilih untuk berdagang matawang dengan leveraj sehingga 500:1.
-
Modal permulaan yang rendah
Tidak seperti dagangan di tukaran yang mana saiz kontrak telah ditentukan, bila dagangan forex online, anda memilih saiz posisi anda. Ini membolehkan pedagang bermula dengan modal yang selesa buat mereka. Di ThinkMarkets, anda boleh mula mengambil bahagian dalam pasaran mata wang yang menarik ini tanpa keperluan deposit minimum untuk akaun Standard dan hanya €500 untuk akaun ThinkZero.