Contoh dagangan forex
Untuk membantu anda memahami dagangan forex, berikut adalah beberapa contoh dagangan forex.
Setiap bulan, kalendar ekonomi dipenuhi peristiwa ekonomi. Salah satu berita yang paling dinantikan ialah laporan angka jumlah NFP atau bayaran Non-Farm Payroll. Ia dilaporkan oleh Biro Statistik Buruh Amerika Syarikat setiap bulan, menawarkan maklumat berharga tentang ekonomi Amerika Syarikat.
Pilihan jangka panjang (beli) EUR/USD
Berikut adalah contoh dagangan jangka panjang. Pasaran kerja AS seolah olah sedang beku. Anda fikir aras Jadual Gaji Bukan Ladang (NFP) berada di bawah jangkaan para analisa dan pakar mengira Dolar US menyusut berbanding Euro. Untuk sebab itu, anda memilih untuk membeli 1 Lot ($100,000) EUR/USD pada 1.2101, berdasarkan taruhan $10 per pergerakan pip.
Laporan diedarkan dan tajuk utama NFP dinyatakan lebih lemah berbanding jangkaan pakar, menyebabkan Dolar US menyusut. Pasangan EUR/USD kini didagangkan pada 1.2152 dan anda memilih untuk menutup posisi. Anda membuka dagangan pada 1.2101 dan menjual 1.2152. Perbezaan 51 pip ialah keuntungan anda ($510).
Contoh dagangan EUR/USD (panjang)

Jangka pendek (jual) USD/JPY
Berikut adalah contoh dagangan jangka pendek. Ingat yang kami menyatakan bahawa mata perpuluhan keempat digunakan untuk mengira untung atau rugi? Pasangan yang termasuk Yen Jepun (JPY) adalah pengecualian kepada hukum diatas. Disini kita melihat titik perpuluhan kedua.
Bayangkan anda membuka carta USD/JPY 1 jam mencari peluang dagangan awal pagi. Pasangan didagangkan pada 113.63 dan indikator teknikal anda mencadangkan kemungkinan tinggi untuk pasaran bergerak rendah.
Anda menjual 1 mini lot ($10,000), yang mengikut taruhan $1 per pergerakan pip. Kali ini anda memilih untuk menambah arahan henti-rugi dan ambil-untung ke posisi, agar risiko anda diuruskan ketika anda bekerja. Anda menetapkan ambil-untung pada 113.27 dan henti-rugi pada 114.24.
Contoh Dagangan USD/JPY (pendek)

Anda pulang dari pejabat dan terus memeriksa akaun anda untuk memantau posisi anda. Baki akaun anda naik $61. Pasaran menyusut, menyebabkan arahan ambil-untung mengambil alih dan membatalkan henti-rugi.