Dagangan Indeks

Ambil posisi dengan indeks global bermula dengan hanya 0.4 mata*

 

Alami perbezaan dagangan indeks dengan ThinkMarkets

 
Live Indices prices
Markets Bid Ask Spread
Harga adalah sekadar panduan
  • Mula berdagang FTSE100 dari serendah 0.4 pip* 

    *Dengan Trade Interceptor

  • Buka akaun

Bagaimana berdagang indeks

Indeks ialah sekumpulan saham yang digunakan untuk memantau prestasi ekonomi negara, sektor pasaran atau tukaran.

Indeks yang paling didagangkan ialah Purata Industri Dow Jones, S&P 500, FTSE, DAX, ASX200, NASDAQ, CAC, EuroStoxx dan Nikkei 225.

Oleh kerana indeks hanya sekadar nombor, ia tidak boleh didagangkan secara langsung. Anda memerlukan instrumen kewangan, seperti CFD, untuk itu. Malah, dagangan indeks ialah bentuk dagangan CFD paling popular.

Jumlah wang yang dijana atau hilang bergantung kepada pergerakan pasaran dan saiz posisi. Di ThinkMarkets, anda boleh mula berdagang indeks dengan modal permulaan serendah $250.

Tahukah anda yang 29%

pedagang kami juga mencuba dagangan bitcoin

Dagangan indeks dengan Trade Interceptor

Dengan lebih 550,000 pengguna secara global dan lebih 15,000 maklumbalas lima bintang, platform Trade Interceptor kami telah direka untuk memindahkan kuasa platform komputer meja kepada semua peranti mudah alih anda.
 

Cuba Trade Interceptor dengan percuma

Sedia untuk muat turun
 

Gim Pedagang

Uji strategi anda dengan simulator dagangan yang membolehkan anda main semula, pegun dan ulang kembali dengan harga pasaran sebenar.
 

Cuba Trade Interceptor dengan percuma

Sedia untuk muat turun
 

80+ indikator teknikal

Enhance your technical analysis with powerful technical indicators and over 50 drawing tools, available through all your mobile devices.
 

Cuba Trade Interceptor dengan percuma

Sedia untuk muat turun
 

Dagangkan saham dengan ThinkMarkets

 

Ini mengapa ribuan pedagang memilih untuk berdagang dengan indeks saham paling popular AS, Eropah dan Asia dengan kami

  • Platform inovatif

    Pilih platform yang sesuai dengan keperluan anda di antara Trade Interceptor yang berkuasa tinggi dan MetaTrader 4 yang popular.

  • Aplikasi mudah-alih yang unggul

    Dimuat-turun oleh lebih 550,000 pedagang, aplikasi Trade Interceptor menawarkan pengalaman berdagang yang tiada tandingan merangkumi desktop, tablet dan terutamanya mudah alih.

  • Sokongan bertaraf dunia

    Pasukan sokongan pelbagai bahasa kami sentiasa disini untuk membantu anda dengan sebarang soalan anda 24 jam sehari melalui email, telefon dan bual langsung.

Anugerah

ThinkMarkets ialah pemenang kategori utama untuk tahun 2017 bagi kategori Pengalaman Dagangan Forex Terbaik & Inovasi Dagangan Forex Terbaik untuk Anugerah Forex UK 2017.


 

Kenali indeks dunia yang utama

 

Indeks pertama yang dicipta oleh En. Charles Dow dalam 1896 dan paling dikenali sebagai indeks Dow. Hari ini, Dow mengandungi 30 dari pada syarikat terbesar Amerika Syarikat. Adalah berguna untuk mengetahui bahawa indeks hanyalah senarai saham dan sesiapa sahaja boleh menciptanya. Ini adalah apa yang terjadi ketika era dotcom sebagai contohnya. Namun, apa yang membezakan indeks utama dari yang lain ialah reputasi syarikat yang diwakilinya. Berikut adalah senarai sembilan daripada indeks yang paling penting dan paling rancak didagangkan.

 

  1. Purata Industri Dow Jones (US30)

    Ia termasuk 30 daripada syarikat paling berpengaruh di AS dan menggunakan pemberat harga. Ini bermaksud syarikat dengan harga saham yang lebih besar mempunyai kesan lebih besar ke atas nilainya.

  1. S&P 500 (SPX500)

    Indeks S&P 500 menggunakan pemberat float. Ini bermaksud, saham konstituen memberi kesan ke atas nilai keseluruhan indeks berdasarkan kapitalisasi pasaran dan float (i.e. peratusan syarikat yang didagangkan secara awam).

  1. FTSE (UK100)

    FTSE terdiri daripada 100 syarikat dengan permodalan atau kapitalisasi pasaran yang tertinggi di Tukaran Saham London dan ia adalah indeks pemberat pasaran, bermaksud nilainya selaras dengan syarikat konstituennya. Syarikat yang lebih besar mempunyai pengaruh yang lebih ke atas nilainya berbanding dengan syarikat yang lebih kecil.

  1. DAX (GER30)

    “Deutscher Aktienindex” ialah indeks terdiri daripada 30 saham utama di Jerman di Tukaran Saham Frankfurt. Oleh itu, ia mempunyai persamaan dengan indeks Dow Jones di AS dalam hal ini.

  1. ASX200 (AUS 200)

    Indeks ini terdiri dari saham tersenarai di Tukaran Saham Australia dan pemberat kapitalisasi; dengan itu, syarikat konstituen dengan nilai permodalan yang lebih tinggi akan memberi kesan yang lebih besar.

  1. NASDAQ (NAS100)

    Selain dari Dow Jones dan S&P500, Nasdaq ialah salah satu daripada indeks paling diikuti di AS dan termasuk 100 syarikat dengan fokus teknologi maklumat.

  1. CAC (FRA40)

    Dikenali sebagai “Cotation Assistée en Continu,” ia merujuk kepada saham tersenarai di Bursa Tukaran Saham Perancis Euronext Paris (“Paris Bourse”). Mereka terpilih oleh jawatankuasa bebas setiap suku, daripada 100 syarikat yang mempunyai float pasaran modal bebas (i.e. nilai pasaran tertinggi yang didagangkan secara umum).

  1. EuroStoxx (ESTX50)

    Diperkenalkan pada 1998, ESTX50 terdiri daripada 50 syarikat terbesar di Eurozone dan dicipta dengan tujuan “memberi perwakilan cip biru ketua Supersektor di Eurozone”.

  1. Nikkei225 (JPN225)

    Nikkei225 ialah indeks saham utama di Tukaran Saham Tokyo dan ia adalah menggunakan pemberat harga, seperti Dow Jones di AS. Malah di antara 1975 dan 1985 ia dipanggil “Purata Saham Nikkei Dow Jones".

 

Mengapa dagangkan indeks

Mendagangkan indeks ialah alternatif popular kepada dagangan saham tradisional, kerana ia membolehkan pedagang mengambil perspektif luas terhadap sekumpulan syarikat dan mengurangkan risiko pendedahan syarikat individu. Kemampuan membeli atau menjual mana-mana indeks ialah tarikan utama dikalangan pedagang.

Dagangan indeks membolehkan anda memilih jangka panjang (beli) dan pendek (jual), menjadikannya instrumen lindung nilai yang ideal. Anda boleh, sebagai contoh, memilih jangka panjang untuk HSBC kerana anda menjangka peningkatan harga saham bank dan pada masa yang sama memilih jangka pendek untuk FTSE100, untuk melindungi pelaburan anda dari pergerakan pasaran yang buruk.

 

Contoh dagangan indeks

Mari perhatikan bagaimana dagangan indeks berfungsi secara praktikal. Indikator anda memberi tanda kemasukan dan anda menganggarkan kenaikan harga S&P500 Amerika Syarikat. Untuk sebab itu, anda memilih jangka panjang (beli) 3 kontrak pada harga 2.288. Walaupun ada ketidakstabilan awal, pasaran menokok dan setengah jam sebelum pasaran tutup indeks didagangkan pada 2.319. Anda memilih untuk menutup posisi itu dan mengaut untung. Keuntungan dagangan ini ialah 2.319 – 2.288 = 21 mata. Dengan 3 kontrak, setiap mata bernilai $30, jadi total keuntungan anda ialah 21 x $30 = $630.

 
Back to top