Korelasi antara DAX & S&P500
Indeks S&P500 dianggap barometer penting untuk pasaran ekuiti AS market diikuti sebagai indikator kekuatan industri utama yang diwakili olehnya. Diseberang Lautan Atlantik, DAX menunjukkan prestasi pasaran saham Jerman.
Carta berikut menunjukkan korelasi kuat di antara dua indeks utama ini. Bila DAX dan S&P500 tidak bergerak seriringan ini sering dilihat sebagai anomali harga dan juga peluang dagangan.
DAX - S&P500 korelasi harganya

Perbezaan antara DAX & S&P500
Untuk menilai bagaimana pasaran akan bergerak dalam kes anomali harga, sifat unik setiap indeks dan rantau serta industri yang diwakilli.
- Syarikat konstituen
Ekonomi AS didorong hebat oleh pengguna dengan S&P500 mewakili IT, kewangan dan penjagaan kesihatan 50%. Jerman pula adalah ekonomi berasaskan eksport dengan industri teknologi yang kecil. Untuk DAX, bahan kimia mempunyai pemberat yang paling tinggi.
- Indeks pulangan total vs pulangan harga
Indeks pulangan total mengukur kekuatan konstituen mereka dengan menganggap semua dividen akan dilaburkan semula. DAX, contohnya, adalah indeks pulangan total. Manakala, S&P500 adlah indeks pulangan, yang bermaksud dividen tidak termasuk dalam pengiraan pulangan. Ini adalah salah satu sebab DAX menokok tinggi berbanding indeks bukan pulangan total.
Bila harga indeks berbeza, adalah penting untuk mengambil-kira faktor di atas sebelum memilih pasaran mana yang akan didagangkan. Cara popular untuk berdagang indeks via CFD, juga dikenali sebagai kontrak perbezaan atau Contracts for Difference. Instrumen kewangan membolehkan pedagang mengambil untung dari naik dan turun harga, dengan membuka posisi jangka panjang (beli), jika anda fikir indeks akan menokok atau posisi jangka pendek (jual), jika anda fikir indeks akan menyusut.
Contoh dagangan indeks
Jangka panjang untuk DAX
Kita anggaplah DAX kini didagangkan pada 12,427.20. Kajian anda mencadangkan sentimen pasaran ialah positif DAX dan indikator teknikal anda memberi isyarat masuk. Anda memilih untuk membeli 1 Lot. Saiz posisi ini bersamaan €1 untung atau rugi untuk setiap mata pergerakan harga.
Dua hari kemudian, DAX memang telah menokok dan kini didagangkan pada 13,120.20. Keuntungan anda dikira dengan menolak harga buka dari harga tutup: (13,120.20 - 12,127.20) x €1 = € 693.
Perhatian untuk contoh di atas keuntungan dan rugi dikira dalam matawang rantau yang berkaitan dengan indeks tersebut. Anda tidak perlu risau bagaimana ia diterjemahkan dalam akaun dagangan anda. Di ThinkMarkets, untung dan rugi ditukar secara automatik dalam matawang pilihan anda dalam masa sebenar berdasarkan kadar tukaran semasa.