Penjelasan tentang indeks utama
- UK100
Mempunyai diantara syarikat terbesar Uk dibawah seliaan undang-undang syarikat UK, adalah penting untuk difahami yang bukan semua syarikat UK100 bertapak di UK. Indeks dikira dalam masa sebenar dan harga disiarkan setiap saat ketika pasaran dibuka. Secara sektor ia berfokus kepada tenaga, khidmat kewangan, perlombongan, farmaseutikal dan minyak & gas.
- GER30
Juga dikenali sebagai indeks saham DAX, ia mengandungi 30 syarikat utama Jerman berasaskan permodalan syarikat. DAX diantara indeks yang paling didagangkan serata dunia kerana ketinggian beza turun naik dan julat harian yang lebih tinggi dari indek lain.
- SPX500
SPX500, juga dipanggil S&P 500, adalah indeks paling terkenal didunia. Ia dicipta oleh firma percetakan Standard & Poor dan termasuk 500 syarikat Amerika yang utama. Oleh kerana korelasi kuatnya dengan pasaran lain, S&P500 adalah pilihan popular dikalangan pedagang.
- US 30
US 30, atau paling dikenali sebagai Dow, ialah indeks saham yang paling dikenali di dunia, menjejaki saham 30 syarikat dalam sembilan sektor utama. Sifat unik indeks ini ialah ia menggunakan purata pemberat harga dan pergerakannya digunakan sebagai indikator untuk menganggarkan sentimen risiko serata dunia.
- NASDAQ
NASDAQ adalah indeks Amerika yang paling terkenal mewakili sektor teknologi. Walaupun ia merangkumi sektor lain juga, nama seperti Apple, Facebook dan Google merupakan konstituen besarnya.
- JPN225
Juga dikenali sebagai Nikkei 225, ia indeks yang paling popular di Tukaran Saham Tokyo dan indikator utama prestasi ekonomi Jepun. Memandangkan Jepun ialah ekonomi berasaskan eksport, tidak hairanlah Nikkei225 sangat berkait rapat dengan pasaran saham AS.
- AUS200
AUS200, lebih terkenal sebagai ASX200, indeks pasaran saham yang termasuk 200 syarikat terbesar Australia. Ia indeks pemberatan permodalan, yang bermaksud syarikat dalam indeks ini yang berdasarkan nilai pasaran total.
- FRA40
FRA 40, juga dikenali CAC, ialah penanda aras pasaran saham Perancis. Memandangkan Perancis ialah salah satu ekonomi terbesar Eropah, ia digunakan untuk menilai kekuatan ekonomi Eropah secara umumnya. Diantara konstituen terkenalnya termasuklah L’Oreal, AXA dan Michelin.
- ESTX50
ESTX50, atau Euro Stoxx 50, termasuk 50 syarikat utama Eropah dan sering dipanggil sebagai Dow Jones Eropah. Ini adalah indeks pemberat pasaran, dengan konstituennya disemak semula setiap tahun dalam bulan September.