Meletakkan perdagangan pertama anda

Dengan Trade Interceptor, anda boleh berdagang dengan pelbagai pasangan mata wang, indeks, tenaga dan logam. Di sini anda akan melihat bagaimana anda boleh meletakkan perdagangan pertama anda pada platform.

 

Bagaimana memulakan dagangan pertama anda

 

Kami telah menjadikan dagangan pertama anda di Trade Interceptor semudah mungkin – hanya tentukan instrumen dagangan dengan memilih harga JUAL (jika anda fikir harga akan jatuh), atau klik harga BELI (jika anda fikir harga akan meningkat).





 


Dengan hanya klik pada JUAL atau BELI, tiket pesanan akan dibuka untuk pengesahan perlaksanaan serta merta. Untuk membuka pesanan tertangguh, klik Edit/Tangguh pesanan untuk menetapkan harga, saiz dagangan, henti-rugi serta sasaran kadar keuntungan, jika anda inginkan. Sekiranya anda telah berpuas hati dengan pilihan anda, klik “Pesan Sekarang” dan pesanan dagangan anda akan dilaksanakan.

Memantau dagangan anda

 

Di tab Dagangan, anda boleh mengikuti dan memantau semua dagangan terbuka anda. Panel ini membolehkan anda melihat:

 

  • Tab pesanan aktif dan tertangguh

  • Instrumen yang sedang didagangkan

  • Samada pesanan adalah untuk Jual atau Beli

  • Jumla apungan untung rugi anda untuk setiap posisi

  • Harga posisi anda dibuka

  • Harga semasa instrument

  • Harga henti-rugi anda, jika ditentukan

  • Harga ambil untung anda, jika ditentukan

  • Perincian Komisyen dan Tukaran jika ada
     

Bagaimana menguruskan posisi terbuka anda

 

Untuk mengubahsuai atau menutup posisi terbuka, hanya klik dan tahan di posisi tersebut untuk mendapatkan semua pilihan yang ada. Pilih “Tutup Posisi” untuk keluar dari dagangan tersebut pada harga pasaran semasa atau “Separa Tutup” untuk menentukan takat jumlah yang anda inginkan bila keluar.
 

Dengan memilih “Ubah Posisi”, anda boleh mengubahsuai kadar henti-rugi serta ambil untung anda. Melalui menu yang sama, anda juga mempunyai pilihan untuk melihat carta, menutup semua posisi atau melihat perincian maklumat posisi.

Back to top