Sejarah harga emas
Berikut adalah carta menunjukkan pergolakan harga emas dalam tempoh lima dekad. Secara umumnya, terdapat peningkatan melampau dalam harga emas sejak 1970. Ketika ini, pulangan paling rendah kepada pelabur yang menaruh wang mereka dengan emas adalah di antara 1970 – 1979. Peningkatan terbesar pula, dialami pada 2000– 2009.
Pergolakan harga emas 1970 - 2017

Contoh dagangan emas
Mari lihat bagaimana dagangan emas berfungsi. Kajian anda menunjukkan harga emas akan menokok. Untuk sebab itu,anda membeli 1 lot (100 oz) XAU/USD pada harga 1,184.60.Satu lot bersamaan $100 untuk setiap pergerakan $1 pada harga emas.
Scenario menang
Minat terhadap emas melonjak dan beberapa hari kemudian harga emas didagangkan pada $1,189.70. Anda memilih untuk menjual dan mengunci untung anda. Keuntungan anda dikira seperti berikut: (1,189.70 – 1,184.60) x $100 = $510.
Scenario rugi
Harga emas tidak bergerak mengikut sangkaan anda dan selepas sehari harganya didagangkan pada $1,180.30 . Anda memilih untuk menutup posisi itu dan henti rugi. Kerugian dalam kes ini ialah: (1,184.60 - 1,180.30) x $100 = $430
Walaupun emas adalah logam berharga yang paling popular, pedagang yang melihat nilai mempelbagaikan dagangan mereka dengan emas akan mengamati pasaran logam lain juga seperti perak.