Siapa yang berdagang platinum?
Pasaran platinum mempunyai jumlah peserta yang terlibat. Sebahagian besar mereka mebeli platinum sebagai komoditi, manakala yang lain menyertai pasaran dengan niat mengaut untung dari turun naik harga logam ini.
- Pembuat barang kemas
Pasaran barang kemas merupakan sebahagian besar penggunaan global platinum. Permintaan tinggi untuk barang kemas putih ini serta bekalan yang terbatas menyebabkan platinum lebih mahal dari emas.
- Industri automotif
Industri automotif memerlukan platinum, kerana ia digunakan untuk membuat catalysts, yang mengurangkan pengeluaran gas bahaya. Aplikasi industri termasuk cakera keras, baja, dan ubat anti kanser.
- Pelabur
Pelabur yang rancak membeli platinum, membelinya dalam bentuk syiling dan jongkong. Sejak 1997, syiling American Platinum Eagle keakl satu-satunya syiling platinum gred pelaburan rasmi dari kerajaan AS.
- Pedagang
Pertambahan jumlah pedagang yang melihat dagangan platinum sebagai peluang untuk mempelbagaikan dagangan mereka dan membuat untung dari turun naik harga logam berharga ini.