Korelasi harga antara perak dan emas
Disebalik asas/fundamental perak berbeza berbanding emas, terdapat kaitan kuat antara harga emas dan perak kerana dua logam berharga ini didagangkan oleh pelabur yang sama. Emas mendahului perak dengan jelas akibat krisis kewangan 2008. Harga perak menyusul dengan pergolakan besar. Selagi dua logam terus didagangkan secara dominan untuk nilai kewangannya, kaitan ini dijangka akan kekal.
Contoh dagangan perak
Bayangkan analisa teknikal carta harian anda menunjukkan kemungkinan tinggi untuk kejatuhan harga perak. Anda menjual 1 lot (5,000 oz) XAG/USD pada harga $16.38. Saiz posisi ini bersamaan $50 untung atau rugi untuk setiap 1 sen pergerakan harga perak.
Dihujung hari perak didagangkan pada $16.25 dan memilih untuk menutup posisi. Keuntungan dagangan itu dikira seperti : perubahan harga dalam sen x $50 = 13 x $50 = $650.
Emas dan perak mungkin logam berharga yang paling didagangkan tapi terdapat juga logam lain. Dengan lebih ramai pedagang beralih kepada logam berharga, platinum mula mendapat perhatian pedagang sebagai aset dagangan alternatif.