Bagaimana berdagang emas 

Belajar bagaimana mempelbagaikan dagangan anda dengan menambah logam berharga dalam portfolio anda

 

Dagangan Emas– Asasnya

Pelaburan logam bukan konsep baru. Logam berharga sukar dilombong, yang mengakibatkannya sukar didapati dan mahal. Ini caranya emas dinilai dan sebab mengapa ia dianggap "bernilai".

Daripada semua logam berharga, emas adalah pilihan paling popular untuk pedagang. Pasaran emas menawarkan peluang hebat untuk pedagang atas talian. Ini adalah kerana emas, tidak seperti pelaburan lain, mempunyai posisi unik dalam ekonomi dunia.

Siapa yang berdagang emas

Pasaran emas menarik minat ramai orang. Kebanyakan mereka mencari pilihan selamat dan lumayan untuk melabur wang agar kekayaan mereka terus berkembang atau sebagai perlindungan daripada pelaburan yang lebih berisiko. Itu mengapa emas sangat menarik. Peserta pasaran emas boleh dibahagi dengan jelas mengikut kategori ini:

Peminat emas
Mereka adalah pelabur peribadi/persendirian dan peniaga emas. Peminat emas merupakan sebahagian besar dari keseluruhan pasaran emas. Mereka secara asasnya aktif di pasaran komoditi beharga dan mengasingkan sejumlah besar aset mereka dalam bentuk emas. Mereka merupakan sejumlah besar peserta runcit dipasaran. Peserta jangka panjang ini menambah kecairan tnggi kedalam pasaran kerana minat membeli berterusan mereka.

Institusi
Institusi ini termasuk dana pelindung nilai, bank dan firma broker yang terlibat dalam jual beli emas. Kebanyakan institusi ini menggunakan strategi untuk merumuskan kombinasi dagangan pelbagai yang memberi jaring keselamatan untuk pelanggan mereka dalam keadaan pasaran yang bergolak. Kebanyakan institusi ini tidak sekadar berdagang emas. Mereka selalunnya mempunyai pilihan lain dalam portfolio mereka juga.

Adakah anda bersedia untuk berdagang logam secara langsung?

 


Buka akaun

Mengapa berdagang emas?

Semua orang mempunyai pilihan sendiri dalam membuat keputusan dagangan. Sebab-sebab biasa pedagang memilih pasaran emas dijelaskan dibawah:

Diversifikasi
Seperti yang disebut sebelumnya, pedagang berpengalaman seperti institusi, selalunya mempelbagaikan portfolio pelaburan mereka sebagai usaha mengurangkan risiko dan menambah keuntungan pelaburan mereka. Dagangan emas dianggap cara baik untuk menambah perlindungan portfolio dagang, kerana harga emas sering menyongsang hala pasaran saham.

Pelindung nilai merintang inflasi
Bila matawang hilang nilai akibat inflasi, emas kalis inflasi. Walaupun ketika kemerosotan ekonomi global 2008, harga emas hampir tidak terkesan. Malahan, di antara 2007 dan 2008, harga emas meningkat hampir 4%.

Penyimpan nilai
Hampir 95% emas dipegang sebagai barang kemas atau peti bullion. Hakikat bekalan emas hanya meningkat sedikit setiap tahun berbanding jumlah emas yang tersimpan, tidak hairan mengapa harganya meningkat berterusan sepanjang lima dekad ini.

 

Apa yang mempengaruhi harga emas

Ada beberapa faktor dan peserta pasaran yang mempengaruhi harga emas. berikut seimbas pandang:

Bank pusat - Institusi ini menjual beli emas untuk mengawal simpanan mereka untuk menstabilkan nilai matawang mereka. Ini akan melonjak harga emas.

minyak mentah - minyak mentah dan emas berkait rapat kerana nilai dolar mereka. Peningkatan harga minyak mentah juga akan meningkatkan inflasi yang akan mempengaruhi harga emas.

Nilai dolar - Oleh kerana emas disebut dalam harga dolar US, peningkatan nilai dolar secara automatik memberi tekanan negatif kepada harga emas. 

Pasaran saham - Kemerosotan pasaran saham selalunya terjadi bila pedagang memilih emas dan harganya meningkat. 

 

Sejarah harga emas

Berikut adalah carta menunjukkan pergolakan harga emas dalam tempoh lima dekad. Secara umumnya, terdapat peningkatan melampau dalam harga emas sejak 1970. Ketika ini, pulangan paling rendah kepada pelabur yang menaruh wang mereka dengan emas adalah di antara 1970 – 1979. Peningkatan terbesar pula, dialami pada 2000– 2009.
 

Pergolakan harga emas 1970 - 2017





Contoh dagangan emas
 
Mari lihat bagaimana dagangan emas berfungsi. Kajian anda menunjukkan harga emas akan menokok. Untuk sebab itu,anda membeli 1 lot (100 oz) XAU/USD pada harga 1,184.60.Satu lot bersamaan $100 untuk setiap pergerakan $1 pada harga emas.

Scenario menang

Minat terhadap emas melonjak dan beberapa hari kemudian harga emas didagangkan pada $1,189.70. Anda memilih untuk menjual dan mengunci untung anda. Keuntungan anda dikira seperti berikut: (1,189.70 – 1,184.60) x $100 = $510.

Scenario rugi

Harga emas tidak bergerak mengikut sangkaan anda dan selepas sehari harganya didagangkan pada $1,180.30 . Anda memilih untuk menutup posisi itu dan henti rugi. Kerugian dalam kes ini ialah: (1,184.60 - 1,180.30) x  $100 = $430

Walaupun emas adalah logam berharga yang paling popular, pedagang yang melihat nilai mempelbagaikan dagangan mereka dengan emas akan mengamati pasaran logam lain juga seperti perak.

 
Back to top