Perkongsian Label Putih

Gunakan alatan kami untuk mencipta jenama anda sendiri dalam industri Forex.

 

Tentang program Label Putih kami

 

Program Label Putih ThinkMarkets direka khas agar sesuai dengan individu (atau syarikat) yang berkelayakan dan berpengalaman yang ingin menjadi broker Forex dan mencipta jenama sendiri dalam industri Forex. Ia merupakan penyelesaian yang membolehkan anda untuk melakukan perniagaan pembrokeran biasa dengan identiti dan laman web anda sendiri.  Pengalaman serta pengetahuan mendalam kami dalam pasaran Forex menjadi jaminan kepada produk yang berkualiti serta platform dagangan yang berkesan untuk perniagaan anda. Penggunaan teknologi termaju serta syarat yang kompetitif dapat memudahkan penyampaian dalam memenuhi kepuasan pelanggan.

Program Label Putih ThinkMarkets memberikan anda akses kepada pelbagai instrumen kewangan untuk ditawarkan kepada klien anda dan membolehkan dagangan untuk dilakukan menerusi antara platform dagangan yang terkemuka bagi kedua-dua peranti desktop dan mudah alih. Kami dapat membantu anda membentuk strategi pembangunan perniagaan anda – bagi menentukan aliran kerja dan mengelakkan masalah yang dapat dijangka.  

Bagaimana ia berfungsi?

Sebagai broker utama, kami bersedia untuk membekalkan rakan kongsi Label Putih kami dengan segalanya yang diperlukan untuk memulakan perniagaan baru: daripada mencipta laman web (jika berkenaan) sehinggalah pejabat dan aktiviti pentadbiran.  Kami menawarkan pakej lengkap produk dan perkhidmatan ThinkMarkets menurut permintaan anda. Untuk sokongan perniagaan lanjutan, kami membekalkan latihan, sokongan pelanggan dan arahan yang bertaraf dunia untuk anda. Platform dagangan kami adalah mudah disuaikan dan boleh dijenamakan dengan nama dan logo syarikat anda. Anda boleh memilih antara pelbagai model hasil & pampasan dan maksimumkan pendapatan perniagaan anda.

Apakah manfaatnya buat anda?

Kami membekalkan penyelesaian yang ringkas dan mudah supaya anda boleh memulakan pernigaan anda sendiri dalam industri forex dalam talian. Manfaatkan tawaran eksklusif ini:

 

  • Keperluan margin boleh suai

  • Spread mentah dengan pelan hasil yang luar biasa

  • Kos permulaan yang rendah

  • Keuntungan berdasarkan dagangan setiap klien

Manfaat program perkongsian

 

Manfaat perkongsian Label Putih ThinkMarkets :

 
  • Penyelesaian pantas dan mudah

    Jadilah sebahagian daripada industri Forex dengan sokongan penuh daripada ThinkMarkets. Integrasi dan penyediaan yang mudah.

  • Kos dan perbelanjaan yang rendah

    Jimatkan kos penyediaan dan penyelenggaraan, dan tumpukan perhatian terhadap pemasaran serta usaha memenuhi keperluan klien anda

  • Tidak memerlukan lesen

    ThinkMarkets adalah berdaftar sepenuhnya, dan tidak memerlukan lesen tambahan

 

Hubungi kami untuk membincangkan tawaran yang boleh disesuaikan mengikut keperluan anda

Tinggalkan butiran hubungan anda dan pasukan kami akan menghubungi anda sebentar lagi.
 
 
Pakar perkongsian kami akan menjelaskan lebih lanjut kepada anda mengenai perkhidmatan yang kami tawarkan:
 
  • Syarat yang sangat kompetitif
  • Platform dagangan termaju
  • Penjejakan hasil yang telus
Back to top