Apa itu Dagangan Saham
Saham, juga dikenali sebagai stok atau ekuiti, ialah salah satu instrumen kewangan yang paling popular. Dalam terma mudah, ia mewakili pemilikan syarikat yang tersenarai dalam tukaran saham. Bila sesuatu syarikat ingin menjana modal, mereka mengeluarkan saham. Pelabur yang percaya bahawa syarikat ini akan berkembang dan seterusnya nilai sahamnya akan meningkat, membeli saham dan memiliki sebahagian syarikat tersebut. Lebih banyak saham dibeli, lebih besar bahagian syarikat yang anda miliki.
Kali pertama syarikat mengeluarkan saham dipanggil Penawaran Awam Pertama atau Initial Public Offering (IPO). IPO sering menarik minat pelabur dan mengakibatkan gejolak harga. Belian saham semasa IPO boleh dilihat sebagai risiko dan juga peluang.
Untuk membeli saham, pelabur memerlukan tukaran saham. Di anatara tukaran saham yang paling terkenal ialah Tukaran saham New York (NYSE), NASDAQ dan Tukaran Saham London (LSE). Belian saham sebenar melalui tukaran atau broker yang memberi akses kepada tukaran memerlukan kos komisen.
Apa itu dividen?
Dengan memiliki saham, pelabur menjadi pemegang saham, yang bermaksud mereka juga berhak mendapat keuntungan syarikat yang dipanggil dividen. Dividen merujuk kepada bahagian pelabur ke atas keuntungan syarikat. Ia dibayar dua kali setahun dan jumlahnya tertakluk kepada tumbesaran syarikat dan kadar keuntungan syarikat yang dibayar balik kepada pemegang saham berbanding kadar yang akan dilabur semula.
Apa faktor yang mempengaruhi harga saham?
Untuk menilai bagaimana harga saham berubah, pelabur selalunya melihat faktor utama berikut:
-
Pendapatan
Indikator atau petunjuk paling asas dalam penilaian saham ialah Pendapatan per Saham atau Earning per Share (EPS). Ini mewakili pulangan pemegang saham ke atas pelaburan dan selalunya dibandingkan dengan jangkaan bagi mengagak kepesatan kemajuan syarikat.
-
Peristiwa Korporat
Peristiwa utama yang mempengaruhi tumbesaran syarikat dan seterusnya keuntungannya termasuklah penggabungan dan perolehan, pengeluaran saham dan juga pembelian atau penjualan saham pengarah syarikat.
-
Berita & Khabar angin
Seperti pasaran lain, sebarang berita berkenaan keputusan pengurusan, perubahan pentadbiran, rangkain produk baru atau skandal boleh memberi pengaruh besar ke atas harga saham.
Melabur saham atau berdagang saham CFD
Saham memberi peluang yang luas kerana terdapat ramai entrepreneur yang sedang berusaha membina Amazon yang seterusnya. Walau bagaimanapun, pelaburan saham melalui tukaran bukan sahaja memerlukan komisen tetapi juga ia menyekat pelabur yang ingin mengambil kesempatan kejatuhan pasaran, kerana mereka tidak boleh menjual saham yang tidak dibeli sebelumnya.
Itu sebab mengapa dagangan saham CFD atas talian menjadi popular sebagai cara untuk pedagang turut serta dalam pasaran saham. Bila berdagang saham secara online, anda sebenarnya tidak membeli atau menjual saham asli. Apa yang dilakukan ialah spekulasi tentang arah harga saham akan bergerak, membolehkan anda mengaut keuntungan dari posisi jangka panjang (beli) dan jangka pendek (jual).