Pelaburan saham
Pelaburan merujuk kepada pembelian saham sebenar dari bursa tukaran dengan tujuan mengaut untung jangka panjang. Pelaburan seperti ini selalunya dipegang untuk beberapa tahun, dalam sesuatu kes hingga berdekad lamanya, sebelum keuntungan dapat dilihat. Bila anda memiliki saham, anda juga berhak mendapat dividen (jumlah keuntungan syarikat yang dibahagi semula kepada pemegang saham). Namun, ia bukan aliran pendapatan yang boleh diharapkan oleh kerana keputusan memberi dividen bergantung sepenuhnya kepada pengurusan syarikat.
Pelabur seperti ini tidak terlalu sensitif kepada pergolakan jangka pendek, kerana mereka biasanya berfokus kepada asasinya dan potensi keuntungan jangka panjang. Membeli saham sebenar memerlukan urusan dengan bursa tukaran dan melibatkan caj komisen. Satu lagi perkara yang perlu ambilkira ialah fakta tentang keuntungan dagangan saham boleh dicukai.
Dagangan saham CFD
Dagangan saham CFD, pula ialah jenis dagangan yang lebih kerap berlaku, melibatkan belian dan jualan dengan niat mengambil untung atas turun naik jangka pendek. Satu perbezaan utama pelaburan dengan saham CFD, anda sebenarnya tidak membeli saham sebenarnya. Apa yang anda lakukan ialah berspekulasi sama ada harga saham akan naik atau turun. Berikut kita lihat sebab utama pedagang memilih saham CFD dan bukan memiliki terus saham itu.
- Pilihan jangka panjang dan pendek (Jual dan beli)
Oleh kerana dagangan CFD tidak melibatkan pembelian saham sebenar, ia membolehkan pedagang mengambil untung ke atas kejatuhan harga saham yang mereka tidak pernah miliki. Kemampuan menjual atau pilihan jangka pendek adalah seba CFD dianggap sebagai bentuk dagang yang fleksibel.
- Leveraj
Satu lagi perkara penting ialah modal yang diperlukan untuk bermula . Bila melabur saham, anda perlu membayar jumlah total saham yang ingin anda beli. Ini merupakan faktor yang membataskan kebanyakan pedagang yang bercita-cita untuk berdagang, kerana ia memerlukan modal yang besar. katakan anda yakin tentang harga saham Facebook dan ingin membuka posisi dengan £200. Jika anda menggunakan leveraj ungkitan 10:1, anda boleh membuka dagangan pada £2,000.
- Komisen
Membeli saham di tukaran selalunya memerlukan caj komisen untuk khidmat yang disediakan. Walaupun broker atas talian/online mengenakan komisen untuk dagangan saham CFD, ia perlu diingat bahawa tidak semua broker berbuat demikian. Kajian tekun tentang caj broker sebelum membuka akaun sangat penting.
- Cukai
Keuntungan yang dibuat dari pelaburan saham dianggap sebagai pendapatan dan boleh dicukai bergantung kepada bidang kuasa dan juga cukai setem untuk penduduk UK. Manakala untuk CFD, tiada cukai setem perlu dibayar kerana ia tidak melibatkan pemilikan.