Apa yang mempengaruhi harga saham?
Harga saham ialah satu bentuk perwakilan pendapatan syarikat serta dividen yang dibayar kepada pemegang saham. Dunia globalisasi kini, kemampuan syarikat menjana untung, dan seterusnya harga sahamnya tidak hanya disebabkan oleh satu faktor. Realitinya terdapat sejumlah besar pembolehubah yang berinteraksi dengan kesan akhirnya membentuk harga saham serata dunia. Mari kita perhatikan faktor berpengaruh utama dan bagaimana mereka memberi kesan terhadap industri yang berbeza:
- Kadar tukaran
Nilai matawang turun naik berbanding satu sama lain 24 jam sehari. Secara umumnya syarikat yang menarik manfaat bila matawang negara mereka meningkat seiring dengan kuasa membeli mereka.
- Harga minyak
Syarikat yang bergantung kepada minyak untuk menjalankan perniagaan mereka, seperti syarikat penerbangan, adalah pertama menerima kesan besar atau tidak disangka akibat perubahan harga minyak.
- Undang-undang baru
Lihat polisi cukai sebagai contoh. Jika negara mengubah undang-undangnya tentang cukai korporat, maka ini akan memberi kesan langsung terhadap keuntungan syarikat dalam rantau itu.
- Kadar faedah
Kadar faedah ditentukan oleh bank pusat dan menunjukkan kos modal. Pemotongan kadar faedah, sebagai contohnya, boleh memberi pasaran saham lonjakan yng besar.
- Jangkaan & khabar angin
kadang kala, pemotongan kadar faedah, mungkin tidak terjadi tetapi pasaran saham tetap bergerak rancak hanya dengan jangkaan ia akan berlaku. Jika ia tidak terjadi, pasaran saham akan kembali kepada dagangan aras asalnya. Ia punca asal mengapa terdapat simpulan bahasa, beli khabar angin, jual hakikat benar atau ‘buy the rumour, sell the fact”.
- Peristiwa luar jangkaan
Ini kategori untuk serangan pengganas dan malapetaka alam. Serangan September 2011 menyebabkan pasaran saham menjunam, dengan Dow Jones kehilangan sebanyak 7% pada hari selepas peristiwa itu.
Walaupun faktor di atas dan kesan mereka agak jelas, ia perlu dinyatakan yang ada kalanya harga saham meningkat hanya kerana sentimen positif untuk sektor tertentu. Ia mengapa adalah sangat penting untuk pedagang memerhatikan trend semasa. Contoh klasik adalah lonjakan melampau saham internet ketika era dot.com. Ketika tempoh yang sama, sektor tradisional seperti saham perlombongan turut mengalami fasa lembab.