Adakah dagangan sosial berkesan?
Dagangan sosial merupakan cara yang inovatif untuk mengakses pasaran kewangan tanpa perlu memahami sepenuhnya cara untuk menganalisisnya. Anda hanya perlu mengakses senarai pedagang dengan prestasi terbaik yang berkongsi keputusan dagangan mereka dan menyalin strategi mereka ke dalam akaun anda.
Dalam dagangan sosial, persoalan paling lazim adalah sama ada ia benar-benar berkesan. Apabila wang perolehan anda menjadi taruhan, penting untuk memahami kedua-dua manfaat dan risiko yang hadir dalam dagangan sosial.
Dan paling penting, anda perlu memahami bahawa ia bukan tentang analisis pasaran lagi. Ia adalah tentang mengetahui cara untuk menganalisis prestasi dan menguruskan risiko anda.
Cara untuk mencipta strategi dagangan sosial
Seperti dagangan, salin dagangan turut memerlukan anda untuk mencipta strategi dagangan anda sendiri. Butirannya bergantung pada profil individu anda, termasuk tahap pendedahan risiko anda, tempoh perancangan anda untuk meneruskan salin dagangan, dan sebagainya. Tidak kira apa jua pilihan anda, setiap strategi salin dagangan melibatkan tiga faktor yang anda perlu utamakan bagi mempertingkatkan peluang mendapatkan prestasi yang stabil dalam salin dagangan anda, sambil meminimumkan risiko yang terlibat dengan mengikuti pedagang lain dan strategi mereka.
-
Pedagang untuk diikuti
-
Cara menjejak prestasi
-
Cara menguruskan risiko
Pada akhir panduan ini, anda akan mengetahui cara untuk menyediakan strategi dagangan yang sesuai dengan anda secara peribadi.
Mari bermula.
Pedagang untuk Diikuti?
Apabila anda log masuk ke Platform Zulu, anda akan melihat carta pedagang yang dikategorikan berdasarkan prestasi. Walaupun mudah untuk tertarik dan memilih pedagang dengan kedudukan teratas dalam carta, ingat bahawa dalam penilaian prestasi, peratusan keuntungan merupakan penanda yang baik untuk anda bermula, tetapi anda juga akan memahami dengan lebih lanjut keputusan sekiranya anda turut melihat pada faktor-faktor lain, seperti surutan maksimum.
Apakah yang perlu diperhatikan apabila memilih pedagang untuk diikuti
Keberterusan
Rekod prestasi yang baik adalah antara perkara yang perlu diperhatikan, tetapi rekod prestasi yang baik sepanjang tempoh yang panjang adalah faktor yang sangat penting dalam menilai seseorang pedagang. Pastikan anda mengikuti pedagang yang mempunyai pengalaman kukuh dan prestasi yang dipercayai dalam perancangan strategi dagangan mereka bagi memastikan agar ia terjamin untuk digunakan dalam pasaran yang tidak stabil dan pelbagai. Pelabur profesional biasanya tidak menerima rekod prestasi yang kurang daripada 6 bulan dan kebanyakannya melihat pada prestasi sepanjang 12 bulan atau 24 bulan sebelum memutuskan untuk menyerahkan dana mereka kepada mana-mana pedagang.
Aspek kedua untuk diperhatikan adalah risiko yang tidak simetri, bermakna apabila kedudukan rugi seseorang pedagang adalah lebih besar berbanding kedudukan untungnya. Model statistik mencadangkan bahawa pedagang sedemikian adalah lebih cenderung untuk menghadapi kerugian besar dalam jangka panjang. Keadaan sebaliknya juga sah - pedagang yang mencatatkan keuntungan yang lebih besar berbanding kerugian adalah lebih cenderung untuk kekal dalam jangka panjang.
Bercakap mengenai statistik, pulangan pelaburan mungkin menjadi peratusan yang akan menarik semua perhatian, tetapi surutan maksimum juga merupakan penanda yang penting bagi prestasi jangka panjang untuk salin dagangan anda.
Peratusan asas untuk menilai sesuatu rekod prestasi
-
lebih lama tempoh rekod prestasi, lebih dipercayai
-
lebih kecil surutan maksimum, lebih kurang kecenderungan untuk anda mengalami kerugian besar dana anda
Jaminan dalam pelaburan
Sentiasa peka dengan amaun wang yang diuruskan oleh pedagang. Jika saiz akaun yang diuruskan pedagang kelihatan kecil berbanding amaun yang anda rancang untuk laburkan, jadi sila perhatikan perkara ini. Kekurangan dalam melaburkan wang anda dengan pelabur lain adalah perbezaan dalam pengurusan risiko mereka berbanding cara anda ketika melakukan dagangan sendiri. Nasihat umum, lebih banyak “jaminan dalam pelaburan” seseorang pedagang itu, anda boleh lebih yakin terhadap kadar kejayaan bagi strategi mereka.
Pemelbagaian
Secara mudahnya, jangan laburkan kesemua modal anda kepada satu strategi sahaja. Apabila menyalin dagangan, pastikan anda pelbagaikannya kepada beberapa strategi yang berbeza. Ada strategi yang lebih berkesan berbanding yang lain, namun secara lazimnya adalah lebih berisiko. Mengikuti berbilang strategi memberikan anda peluang untuk memanfaatkan syarat pasaran yang berbeza dan meminimumkan risiko. Sesetengah pedagang menjana keuntungan dalam pasaran yang tidak stabil, manakala sesetengah yang lain menonjolkan kekuatan dalam dagangan jangka panjang. Sebagai rumusan:
Peraturan pemelbagaian untuk salin dagangan:
-
Ketahui aset yang terlibat dengan pedagang tersebut
-
pilih lebih daripada satu strategi dagangan untuk diikuti
-
peruntukkan dana yang lebih kecil kepada strategi yang lebih berisiko
Cara menjejak prestasi
Salin dagangan merupakan sebuah proses automatik, tetapi ini tidak bermakna anda boleh memilih pedagang untuk diikuti, jadi persiapkan dana anda kemudian lupakan sahaja tentangnya. Pedagang boleh memilih untuk menukar strategi mereka atau mungkin melalui tempoh sulit yang menjejaskan prestasi mereka. Inilah sebabnya anda perlu menilai pedagang yang anda ikuti setiap beberapa bulan bagi mengelakkan perkara berikut:
-
Pedagang yang mudah dan kerap menukar saiz kedudukan mereka. Konsisten adalah segalanya!
-
Pedagang dengan kemenangan purata yang menjadi semakin rendah berbanding purata kerugian dagangan mereka
-
Pedagang dengan baki yang rendah
Cara menguruskan risiko
Ketahui bagaimana cara pengurusan risiko penting dalam dagangan dan salin dagangan. Pedagang berpengalaman biasanya menggunakan peraturan 2% – amaun wang yang dirisikokan bagi setiap dagangan adalah 2% daripada nilai akaun mereka. Peraturan ini membantu menguruskan risiko dan memastikan dagangan yang tidak berkesan itu tidak menjejaskan nilai akaun dagangan. Tetapi dengan ZuluTrade,anda tidak perlu melakukan pengurusan risiko itu dengan sendiri.
Salah satu alasan ZuluTrade menjadi platform yang popular dalam komuniti salin dagangan adalah disebabkan ia mempunyai set alatan yang canggih untuk membantu pedagang dalam pengurusan risiko mereka. Ini termasuklah Perlindungan Dagangan Tunggal, ZuluGuard dan Traders Combos. Perlindungan Dagangan Tunggal merupakan fungsi henti rugi bagi setiap dagangan. Anda boleh menetapkan kerugian maksimum dalam pip yang anda sanggup hadapi atau dagangan terbuka maksimum bagi strategi tertentu yang dibenarkan terbuka pada akaun anda.
Sebaik sahaja salah satu daripada parameter risiko ini dicetuskan, ZuluGuard boleh sama ada:
- Menutup semua dagangan daripada strategi yang dipersoalkan
- Memutuskan sambungan kepada strategi sepenuhnya
- Memutuskan sambungan kepada strategi dan menggantikannya secara automatik dengan strategi pada kedudukan yang lebih tinggi.
Algoritma ZuluRank sentiasa dijalankan bagi memastikan strategi ditarafkan dengan betul. Bagi Zulutrade EU, hanya 1,000 pedagang terbaik sahaja akan ditunjukkan. Strategi berkenaan perlu memenuhi kriteria asas berikut untuk ditarafkan:
- Mempunyai Surutan kurang daripada 30%
- Tempoh dagangan minimum sekurang-kurangnya 8 minggu
- Keuntungan bagi setiap dagangan mestilah lebih besar daripada 3 pip
Kami menjadikan penyalinan dagangan pedagang dengan rekod prestasi cemerlang lebih mudah dan intuitif menerusi platform popular, ZuluTrade.
Traders Combos
Jika anda tidak pasti tentang cara untuk menggabungkan strategi yang berbeza, Zulutrade membekalkan anda dengan pilihan yang diuruskan oleh algoritmanya tersendiri. Ciri ini memastikan bahawa hanya strategi dengan prestasi jangka panjang yang mampan sahaja akan ditarafkan. Ciri ZuluGuard membolehkan menikmati kawalan yang lebih baik tanpa perlu memantau akaun mereka. Combos pula lebih menguntungkan berbanding strategi individu, yang tidak memerlukan klien untuk menyemak dan memilih strategi tertentu.
Bermula hari ini
- Buka akaun langsung ThinkMarkets
- Log masuk ke ThinkPortal untuk menyambungkan akaun anda ke ZuluTrade
- Lengkapkan borang pendaftaran ZuluTrade
Cipta akaun