Salin daripada pedagang paling berjaya dalam akaun dagangan ThinkMarkets anda
Sebagai pemegang akaun ThinkMarkets dengan ZuluTrade, anda mempunyai akses kepada barisan Pedagang pakar yang disusun mengikut penanda prestasi mereka serta maklum balas yang diterima daripada Pengikut mereka.
Platform ZuluTrade membolehkan anda untuk menyesuaikan sepenuhnya strategi salinan anda, termasuk saiz lot, bilangan pedagang, waktu dagangan dan pengurusan risiko. Lupakan tentang menganalisis Pasaran.
Mula ikuti Pedagang berpengalaman hari ini!
Cipta Akaun ZuluTrade
Ekosistem pedagang ZuluTrade
ZuluTrade menapis setiap pedagang dengan prihatin, menggunakan algoritma termaju dan Meja Dagangan khas, agar para Pelabur boleh menjana potensi keuntungan maksimum.
-
Pilih Pedagang dalam kalangan yang terbaik
Dan Mulakan pengalaman Salin Dagangan anda
-
Pilih untuk Ikut
Ikuti Combos ZuluTrade untuk Permulaan Portfolio segera
-
Pilih Pemanduan Auto
Terlalu banyak Pilihan? Pilih Pemanduan Auto dengan Combos+ (1 BULAN PERCUMA)
Cipta Akaun ZuluTrade
Kami tidak menyarankan mahupun membuat sebarang implikasi terhadap prestasi akan datang bagi mana-mana sistem ini, keputusan prestasi di halaman ini adalah andaian sahaja.
Ciri-ciri unik
Perkongsian Keuntungan
Hanya bayar jika anda ada untung
Yuran Prestasi sebanyak 25% akan dikenakan terhadap keuntungan yang dijana bagi setiap sistem dagangan, setiap bulan. Anda dapat menikmati manfaat daripada faedah yang selaras dengan faedah Pedagang, serta ketelusan harga menerusi perkhidmatan Salin Dagangan. Pedagang hanya akan diberikan bayaran apabila mereka menjana wang buat anda.
ZuluTrade mengenakan caj tambahan $30 untuk Langganan Bulanan. Pelanggan ZuluTrade akan dikenakan caj secara terus oleh ZuluTrade menerusi kad kredit, PayPal atau lain-lain.
Pemanduan automatik - Combos+
Nikmati Manfaat daripada Perkhidmatan Portfolio Terurus Kami - Combos+
Adakah anda menikmati dagangan dalam 'pemanduan automatik', dan lebih gemar untuk tidak menyemak portfolio anda dengan kerap?
Adakah anda ingin akaun anda diuruskan oleh Pasukan Portfolio Pengurusan Bertauliah ZuluTrade?
Jika ya, Combos+ ialah apa yang anda perlukan.
Berdagang di mana-mana sahaja
Aplikasi Mudah Alih ZuluTrade untuk kedua-dua Android dan iOS membolehkan anda untuk mengakses Pasaran dan menguruskan akaun salin dagangan anda pada bila-bila masa, dari mana jua tanpa perlu memantau Pasaran sepanjang masa.
Berdagang dalam masa kurang daripada 10 minit
Cuba ZuluTrade - penciptaan akaun langsung
Pedagang tanpa akaun langsung ThinkMarkets
- Daftar dan Cipta akaun ThinkMarkets anda
- Sahkan data anda dan danakan Akaun anda
- Sambungkan akaun ThinkMarkets anda dengan ZuluTrade menerusi Portal Klien kami
Cipta akaun live
Pemegang akaun ThinkMarkets sedia ada
Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau perlukan bantuan lanjut, sila hubungi Pengurus Akaun ThinkMarkets anda atau pasukan sokongan pelanggan ZuluTrade.
Pasukan sokongan pelanggan tersedia sepanjang hari, 5 hari seminggu (Ahad 08:00 PM UTC hingga Jumaat 09:00 PM UTC).
Penafian
Perkhidmatan Salin dagangan ini dibekalkan oleh ZuluTrade.
ZuluTrade merupakan sebuah entiti bebas yang sah sebagai Pembekal Perkhidmatan untuk TF Global Markets (UK) Ltd ("ThinkMarkets") dan tidak berkaitan dengan ThinkMarkets.
ThinkMarkets tidak memberi sokongan atau mengesyorkan sebarang produk atau perkhidmatan yang ditawarkan oleh Pembekal Perkhidmatan dan tidak akan bertanggungjawab atas sebarang ralat, pengguguran, kelewatan, atau tindakan sebagai akibat daripada penggunaan anda terhadap Pembekal Perkhidmatan ini.
Tiada apa-apa yang berkaitan dengan penawaran Pembekal Perkhidmatan ini yang boleh dianggap sebagai pemujukan untuk membeli atau penawaran untuk menjual sebarang produk atau perkhidmatan terhadap mana-mana individu dalam sebarang bidang kuasa apabila tawaran, pemujukan, pembelian atau jualan sedemikian menjadi tidak sah di sisi undang-undang atau peraturan di bidang kuasa berkenaan.
Kami sarankan supaya anda menyemak maklumat, terma & syarat serta risiko yang berkaitan dengan perkhidmatan ini di laman web ZuluTrade dengan penuh teliti, dan jika perlu, dapatkan nasihat bebas.
1. Prestasi Lalu: Prestasi Lalu bukan penunjuk keputusan akan datang.
2. Laman web Pihak Ketiga dan Pautan Pihak Ketiga: Pautan kepada laman Pihak Ketiga dibekalkan untuk kemudahan anda sebagai makluman sahaja. ThinkMarkets tidak bertanggungjawab atas sebarang permasalahan berkaitan ketepatan, kandungan atau sebarang masalah lain berkenaan laman luaran atau pautan selanjutnya, dan tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan yang berlaku disebabkan oleh penggunaan kandungan ini atau yang lain. Laman sedemikian bukan di bawak kawalan kami dan mungkin tidak mengikuti piawaian privasi, keselamatan atau kebolehcapaian seperti kami. Sila baca terma dan syarat laman web itu yang telah dipautkan.
3. Combos adalah berdasarkan strategi dan statistik prestasi lalu Pedagang yang disertakan. Prestasi lalu bukan penunjuk keputusan akan datang. Ia bukan bertujuan sebagai dan tidak mewakili mahupun boleh ditafsirkan sebagai nasihat kewangan.