1. Memahami analisa teknikal
Analisa teknikal menggunakan carta harga dan indikator untuk menganalisa arah pergerakan pasaran. Analisa teknikal membantu anda mengenalpasti peluang titik posisi masuk dan keluar untuk dagangan.
Namun tidak seperti analisa fundamental, analisa teknikal berfokus kepada pola dan harga pasaran. Analisa asas/fundamental, pula adalah berkenaan, faktor yang mendorong harga pasaran. Kedua cara analisa ini boleh digunakan berasingan atau bersama.
Analisa teknikal berfokus kepada penentuan masa dan pola harga, itu di antara sebab ia dianggap peralatan neutral. Untuk mencari peluang dagangan forex berdasarkan analisa teknikal, anda perlu menganalisa harga pasaran semasa dan mengenalpasti aras sasaran. Walaupun analisa teknikal tidak menjamin dapatan, ia memberi pengiraan kenungkinan untuk pergerakan pasaran yang berbeza.
2.Kepentingan analisa teknikal
Majoriti pedagang menggunakan analisa teknikal dalam menentukan arah pergerakan pasaran yang dijangkakan. Pergerakan pasaran bukanlah rawak semata-mata. Bila pedagang melihat pola mula kelihatan, ada peluang cerah yang orang juga akan turut menyedarinya. Anda boleh menganggap trend merupakan sesuatu yang hampir memenuhi ramalannya sendiri. Dari segi itu, anda boleh mengatakan yang pedagang turut menbentuk pola yang kelihatan dalam harga pasaran.
Untuk maklumat mendalam tentang analisa teknikal, baca panduan komprehensif kami kurusu analisa teknikal .